HOME ::
   
 
Pulau Banggi

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Pulau Banggi merupakan pulau kecil yang terletak berdekatan dengan daerah Kudat, Sabah, Malaysia. Keluasan sebesar 440.7 kilometer persegi merupakan pulau yang terbesar di Malaysia , diikuti dengan Pulau Langkawi dan Pulau Pinang.

Pulau Banggi terletak di utara Sabah dan berdekatan dengan Teluk Marudu. Ketinggian tertinggi pulau ini adalah sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Sinambung dengan ketinggian 529 meter. Pusat Pentadbiran Pulau Banggi ialah Pekan Karakit dan di Pekan ini ditempatkan Pejabat Daerah Kecil Banggi, Rest House, Klinik Kesihatan, Balai Polis, jabatan-jabatan kerajaan, SMK Banggi, Pangkalan Polis PGA dan rumah-rumah penduduk kampung. penduduk Pekan ini dianggarkan 1000 orang. Penduduk utama Pulau Banggi ialah suku kaum Ubian dan Orang Asli "Bonggi". Terdapat juga lain-lain kaum iaitu orang suluk, Kagayan, Bolobog dan Bajau.

Dalam tahun 2003 anggaran penduduknya ialah 20,000. Kampung Sibogoh dan Dogotan yang merupakan kampung-kampung kecil yang terletak kecil di Pulau Banggi merupakan kampung yang paling hampir dengan sempadan Malaysia-Filipina.

Terdapat pantai yang indah boleh dilawati untuk tujuan berkemah, berkelah atau bersantai iaitu Pantai Maliangin, Tanjung Menyangit, dan Pasir Hitam. Jika ingin aktiviti menyelam 'Snokling' boleh diadakan di perairan Sibogoh, Belarauan, dan Belambangan. Jika ingin melihat buaya laut bolehlah pergi ke Kampung Sirih Belambangan di waktu malam.

Jika mengadakan 'jungle traking' boleh mendaki Gunung Sinambung yang juga terdapat pelbagai spesis flora dan fauna, terutama sekali keujudan spesis bunga Anggerik yang pelabgai warna.

Jika minat memancing beberapa kawasan perairan yang terdapat banyak ikan telah dikenalpasti seperti di Pulau Patanunan, Maliangin, dan Belambangan.

Sebahagian mereka menjadi nelayan dan membina rumah air iaitu rumah bertiang kayu yang dibina di pantai landai lagi cetek.

Cara pergi ke sana anda boleh menyewa bot laju atau bot pancung dari Pekan Kudat atau Pekan Karakit.