HOME ::
   
 
OBJKTIF

Komited dengan objektifnya untuk melaksanakan program-program berikut:
Pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.
Permodenan taraf hidup masyarakat luar bandar.
Penyediaan kemudahan-kemudahan asas dan infrastuktur.
Penyediaan peluang-peluang pekerjaan.
Pembangunan masyarakat berdikari. 

FUNGSI

Memainkan peranan sebagai:-
Perancang utama Pembangunan Daerah dan perkembangan aktiviti sosio-ekonomi di peringkat daerah.

Menjadi jentera utama kerajaan yang terpenting dalam mempercepatkan pelaksanaan program-program pembangunan di peringkat daerah

Menyelaras  dan  mengawal semua aktiviti pembangunan kendalian Jabatan dan Badan  Kerajaan serta sektor swasta di peringkat daerah.

Merancang dan  melaksanakan  projek-projek  kecil  pembangunan luar bandar termasuk Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).

Pelaksana dasar-dasar umum kerajaan dari semasa ke semasa.

Pemimpin dan ejen perubahan di peringkat daerah.

Penyampai informasi dan maklumat kepada rakyat melalui pemimpin-     pemimpin yang dilantik oleh kerajaan seperti ketua-ketua kampung / Badan JKKK mengenai polisi-polisi kerajaan.

Menggembling dan memastikan Kerajaan, Sektor Swasta, Pertubuhan-pertubuhan ukarela dan masyarakat  setempat  dengan  mengambil bahagian aktif dan serius terhadap  Pembangunan Daerah.

Pentadbiran Luar Bandar dan Mahkamah Anak Negeri.

Pengeluaran lesen-lesen perniagaan dan pembayaran cukai; dan

Protokol dan Urus setia bagi lawatan-lawatan rasmi Pembesar negeri / negara /daerah