HOME ::
   
 
PELANCONGAN
Sejak RM Ke-8 dan seterusnya dilanjutkan ke RM Ke-9 stategi berikut dicadangkan untuk pembangunan Pelancongan di Pulau Banggi.


- Mengenalpasti kawasan-kawasan berpotensi sebagai kawasan pelancongan yang meliputi pantai- pantai menarik, gua-gua batu bersejarah iatu tapak Bukit Timbang Dayang yang mempunyai artifik berusia antara 2000 - 2500 tahun dari zaman Dong-Son.

- Mendirikan chalet, pusat budaya atau lain-lain perkhidmatan pelancongan di kawasan yang dikenalpasti berpotensi. Antara kawasan yang berpotensi ialah Tg. Menyangit, Tg. Periuk, Pulau Melundangan dan Pulau Malaiangin, Kawasan Air Terjun Bungga dan Bukit Sinambung.

- Pihak swasta digalakan membuat kajian di tempat-tempat yang difikirkan berpotensi untuk dimajukan.

- Menggiatkan aktiviti kraftangan berasaskan budaya suku kaum di Pulau Banggi ini.