Asalammulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas lawatan anda ke laman web kami.
Laman web ini adalah laman sulung dan pertama kali diluncurkan selaras dengan arahan oleh YAB Ketua Menteri Sabah. Adalah diharapkan laman ini akan memberikan informasi dan gambaran sebenar perkembangan pembangunan di Daerah Kecil Banggi melalui paparan bergambar atau pun maklumat teks. Kita sedia maklum Daerah Kecil Banggi adalah sebuah pulau yang terletak di utara Borneo. Sekali pun jauh di utara namun Banggi bukanlah seperti Banggi yang kita pernah dengar dulu, yang jauh dan ketinggalan dari menerima arus pembangunan, tetapi kita perlu berbangga bahawa, Banggi kini telah jauh berubah. Banggi kini rancak dalam pembangunan selaras dengan pembangunan negara dan sepertimana juga pembangunan yang rancak di daerah-daerah lain di Negeri Sabah.
Kalau dulunya Pulau Banggi lebih dikenali dengan ‘Pugai Balabak’ tetapi kini yang nyata Banggi semakin memikat bukan kerana ‘Pugai Balabak’ tetapi memikat kerana keindahan alam semula jadi samada di laut mahu pun di darat. Kebudayaan dan adat serta tersedia kemudahan beristrehat, malahan pembangunan asas dan pesarana dan juga ekonomi masyarakat setempat kini semakin maju dan meningkat.
Seandainya terdapat kekurangan dan kelemahan dalam laman web ini, insyallah laman ini akan terus diperbaiki dan dikemaskini dari masa ke semasa.
Sekian dan terima kasih.
BANGGI MEMBANGUN KE ARAH KESEJAHTERAAN
HAJI ALIUDDIN HAJI MOHD. ONON |